Monday, September 6, 2010

raya!!!!!!!!!!!!!!


selamat tinggal RAMADHAN.. rasa amat cepatnyer masa berlalu kan.. tup² dah nak abes puasa... heheh... Ramai dah start cuti raya..kepada yang akan memandu balik ke kg berhati²lah dijalan raya..laju ckit xpe janji selamat..klu ngantuk berenti minum kopi jantan bagi lelaki dan Kopi Janda bg pompuan..kim salam kt org kampong..kepada yang terpaksa bekerja..nasib badan la..ini tahun bukan korang punya turn..SELAMAT BERAYA ..amponkan segala salah dan silap...


::aduyaiii SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA. 
MAAF ZAHIR & BATIN ::

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan

salam semua... setelah sekian lama aku tak upadte blog ni kerana kesibukkan ( heheheheh.. buat² bz), dah masuk bulan ramadhan... so, dah masuk bulan ramadhan nih, kene lah berpuasa... 
jgn tak puasa lak.... 
oh ye, dalam bulan OGOS 2010 nih, mcm² peristiwa yg berlaku, antaranya: yg menyambut birthday, yang konvolah & mcm² ada hehehe.. so yg dah & akan sambut bezday, happy bezday la ye.. yg dah konvo tuh, tahniah la... moga berjaya la ye... bukan pe, kalo ada kat sana pun bukan boleh nak buat apa² pun kan? maaf lah ye... eh.. pe yg aku melalut nih.... hahahhaaa...

ok lah... nnt aku sambung lagi.. sbb aku nak kena gi buat shooting di IKBN BM ari nih...
so all, selamat berpuasa.......................


:: aduyaiii : SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & BERPUASA ::

Monday, June 7, 2010

060610

Salam semua... Pa HabaQ? lama dah aku x update blog nih.. hehehhee.. bukan per, cuma agak bz sikit.. so dalam bz² nih, sempat gak lah aku pi "menembak"... ahakss... so ni lah hasilnyer... tah la.. x tau laa ok ker x?




















:: aduyaiii :: indahnya ciptaanNYA ::

Monday, April 26, 2010

fuhhhhh....

lama dah aku x update blog nih.. bz sesgt.. so weekend ari tu aku pi "menembak" kat area utara.. penat gak laa.. tapi masa aku nak balik tu, perrgghhhh.. aku terjumpa, terlihat & mcm² ter lagi laa bila, benda nih bet0L² depan mata aku... memang superB!!!! lokasi dia dalam MALAYSIA.. di salah satu RnR dalam lebuhraya PLUS utara-selatan...








so ni lah yang aku maksudkan.... 
superb bukan?? bila lah aku nak dapat memilikki keta mcm nih? huuhuhu...... dah tu lak bunyi dia, mmg x tahan seyy......


* no pendaftaran terpaksa la aku ubah.. kang x pasal² owner dia saman lak aku... akekekkee..


tapi yang pentingnya, aku tgk owner dia org melayu.. humble jer aku lihat dia semalam.. cayalah bro... 


::aduyaiii:: andai mampu ku memilikkimu ::

Wednesday, February 3, 2010

Al - Fatihah

hari nih aku dikejutkan dengan satu berita dimana Tok kepada isteri aku telah meninggalkan kami buat selama-lamanya.. Barujer last week aku dengan wife aku balik jumpa arwah kat umahnya di aloq staq... Tok pun memang dah tua pun... teringat dulu masa mula² aku kawin dulu bila aku jumpa dgn Tok... seronok kalo bersembang dgn dia... so hari nih, Tok telah pergi buat selama²nya meninggalkan kami semua...
 Buat Arwah Tok... hanya Al - Fatihah sahaja yang kami boleh sedekahkan... Ya ALLAH, KAU tempatkanlah arwah didalam golongan² yang yang baik di sisi Mu.... Amin...


  Tok dalam kenangan....


::aduyaiii:: semoga ALLAH memncucuri rahmat ke atas arwah tok ::

nipah & kerengge...









































::aduyaiii:: sesekali pekene ayaQ nipah fresh nih memang sedap...

Tuesday, January 26, 2010

CUKUP SUDAH!!!!!!!!!!!!!!!

arrrggghhhhhhhhhh... semak betul kali nih kepala aku!!!! malas dah aku nak pikir semua tu dah... LANTAKLAH NAK JADI APA PUN!!!!!!!!!! kali nih aku betul² kene buat 1 keputusan yang benar² membolehkan aku keluar daripada kempompong ini yang membelenggu aku selama nih... tak tahan dah aku nak pikir semua nih lagi!!!!!!! AAAAAAArrrrrrrggggggggggggHHHHHHhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
mungkin selama nih aku diam kan jer semua itu.... 
Ya ALLAH, berilah aku kekuatan agar aku dapat membuat 1 keputusan yang benar² keputusan... Aku mohon kepadaMu Ya ALLAH...... Amin....


::aduyaiii:: semak kepala aku kali nih........

Monday, January 18, 2010

Ada apa pada AJL 24?




Disclaimer: Segala apa yang anda baca di dalam artikel ini bukanlah hasil penulisan kami. Kesemuanya kami ambil sepenuhnya dari blogJejaki Tinggalan RasulTerima kasih kepada penulis blog tersebut yang mengupas isu ini dengan begitu terperinci sekali. Percaya atau tidak, itu terpulang kepada diri anda sendiri untuk menentukan




Ada apa pada AJL 24?





Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?

Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengajamenampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu. 



Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut. 



1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;









piramid 



Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?









Adakah ini satu kebetulan?



2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa? 













Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…




3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red. 

 

Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini. 

youtube (The Arrivals. ap 13)




Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.


Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.



Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada. 

 
 
di tali gitar
  



 ketika persembahan Jeffry din

Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface  dan beberapa orangguitarist  yang lain. Cuba lihat gambar di atas.



Dan apa pula ini? 



Apa persamaannya?



Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda...



*penambahan: 


Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.

 
Sekadar penambahan. Terima Kasih. 


Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib

B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations

Al al-Bayt University, Jordan.

25 Muharram 1431 | 11 Januari 2010



::aduyaiii:: adakah ianya benar atau sekadar kebetulan???