Tuesday, January 26, 2010

CUKUP SUDAH!!!!!!!!!!!!!!!

arrrggghhhhhhhhhh... semak betul kali nih kepala aku!!!! malas dah aku nak pikir semua tu dah... LANTAKLAH NAK JADI APA PUN!!!!!!!!!! kali nih aku betul² kene buat 1 keputusan yang benar² membolehkan aku keluar daripada kempompong ini yang membelenggu aku selama nih... tak tahan dah aku nak pikir semua nih lagi!!!!!!! AAAAAAArrrrrrrggggggggggggHHHHHHhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
mungkin selama nih aku diam kan jer semua itu.... 
Ya ALLAH, berilah aku kekuatan agar aku dapat membuat 1 keputusan yang benar² keputusan... Aku mohon kepadaMu Ya ALLAH...... Amin....


::aduyaiii:: semak kepala aku kali nih........

Monday, January 18, 2010

Ada apa pada AJL 24?




Disclaimer: Segala apa yang anda baca di dalam artikel ini bukanlah hasil penulisan kami. Kesemuanya kami ambil sepenuhnya dari blogJejaki Tinggalan RasulTerima kasih kepada penulis blog tersebut yang mengupas isu ini dengan begitu terperinci sekali. Percaya atau tidak, itu terpulang kepada diri anda sendiri untuk menentukan




Ada apa pada AJL 24?





Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?

Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengajamenampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu. 



Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut. 



1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;









piramid 



Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?









Adakah ini satu kebetulan?



2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa? 













Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…




3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red. 

 

Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini. 

youtube (The Arrivals. ap 13)




Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.


Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.



Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada. 

 
 
di tali gitar
  



 ketika persembahan Jeffry din

Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface  dan beberapa orangguitarist  yang lain. Cuba lihat gambar di atas.



Dan apa pula ini? 



Apa persamaannya?



Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda...



*penambahan: 


Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.

 
Sekadar penambahan. Terima Kasih. 


Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib

B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations

Al al-Bayt University, Jordan.

25 Muharram 1431 | 11 Januari 2010



::aduyaiii:: adakah ianya benar atau sekadar kebetulan???

Friday, January 15, 2010

Peristiwa Kebesaran NYA

"Wahai Manusia! Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti di antara sekian banyak bukti kebesaran Allah SWT. Dan keduanya tidak gerhana sebab kematian seorang manusia, oleh itu hendahlah kamu melihat gerhana itu, hendaklah kamu sembahyang sehingga cuaca menjadi terang kembali". (riwayat Muslim)


Demikianlah seruan ibadat dari baginda Rasulullah setiap kali apabila alam diselubungi fenomena gerhana, sama ada gerhana matahari mahupun bulan.


Gerhana merupakan satu kejadian astronomi apabila kedudukan bulan atau matahari bertentangan antara satu sama lain dengan bumi, menyebabkan ada bayang terkena pada permukaan bumi. Ia satu fenomena alam yang sama sekali tidak ada kaitan atau menjadi petanda dengan sebarang kejadian lebih² lagi yang buruk. 


Sebagai umat Islam, apa yang patut kita lakukan apabila berlaku gerhana ini adalah seperti yang diseru oleh Rasulullah, iaitu solat sunat gerhana yang dikenali sebagai solat sunat khusuf. Malah dalam sesetengah riwayat yang lain, tidak sahaja solat sunat malah umat Islam digalakkan untuk melakukan amalan² kebaikan yang lain seperti bersedekah, berzikir dan berdoa... Secara amnya solat sunat gerhana dilakukan sebanyak dua rakaat yang dilakukan sejurus fenomena ini berlaku.


Namun seperti yang dilakukan oleh Rasulullah, walaupun dua rakaat sahaja, namun ia berakhir sehinggalah gerhana itu berakhir dan alam kembali terang. Ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis;
"Abdullah bin Amr bin Ash r.a berkata: Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad SAW maka diserukan oleh baginda: Ash-shalaatu jaami'ah(tegakkanlah solat berjamaah). Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW. rukuk dua kali dalam satu rakaat.
Pada rakaat kedua Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali pula. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: Belun pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu". (Riwayat Bukhari dan Muslim)."


Maka seluruh umat Islam tanpa mengira jantina, umur dan kedudukan amat digalakkan (sunat muakkad) supaya mendirikan solat sunat gerhana ini.


Ringkasan tatacara Mengerjakan Solat Gerhana


Rakaat Pertama
* Berniat dalam hati untuk mengerjakan solat gerhana (Kusuf atau Khusuf)
* Takbiratul ihram
* Doa Iftitah
* Membaca surah al-Fatihah
* Membaca surah al-Quran
* Rukuk
* Iktidal
* Membaca surah al-Fatihah
* Membaca surah al-Quran
* Rukuk
* Iktidal
* Sujud
* Duduk antara dua sujud
* Sujud kali kedua
* Bangun untuk rakaat kedua




Rakaat Kedua
* Membaca surah al-Fatihah
* Membaca surah al-Quran
* Rukuk
* Iktidal
* Membaca surah al-Fatihah
* Membaca surah al-Quran
* Rukuk
* Iktidal
* Sujud
* Duduk antara dua sujud
* Duduk untuk tahiyat akhir
* Memberi salam ke kanan dan ke kiri.






::aduyaiii:: Allahu Akhbar... Allah Maha Besar...









Thursday, January 14, 2010

Penang to Singapore via Facebook

Hari nih aku ada baca paper Utusan, yang ada sisipan MEGA.. tajuk muka depan nya ialah TREND LAMAN WEB SOSIAL... tup² ada FB... bila sebut jer FB nih... mcm² boleh jadi... dalam paper arini mcm² kes aku baca pasal laman web sosial nih... tapi bagi aku laman web sosial nih bukan utk benda² -tive jer... memang x di nafikan pelbagai kes terjadi dalam laman web sosial nih. Sebenarnya, perkhidmatan laman web sosial ni, mampu memberi banyak manafaatkepada penggunanya jika ia digunkan dan di manafaatkan dengan cara yang betul.... Tidak salah untuk terlibat secara akftif dalam aktiviti tersebut. Cuma apa yang penting, setiap individu perlu bijak menggunakannya agar tidak membawa kesan -tive. 


Macam hari nih, aku dapat jumpa balik kerabat keluarga aku yang dok di KOTA SINGA... lama siot aku x berhubung dgn dorg... finally dgn FB aku dapat ketemu dgn mereka....


So, skrg nih, laman web sosial nih bagi aku amatlah berguna kalo dimanafaatkan dengan sebaik² mungkin...


::aduyaiii:: FB oh FB....

Jom Layan Gerek Kat SIC Sepang


SIC Opens 2010 with Bikeathon Cycling Race


Kicking off 2010 with a difference, motor racing promoter Sepang International Circuit (SIC) will be organising a combined event of criterium and mountain bike race on January 24 as its first major event for the year.
Officially called Kencana-SIC Bikeathon 2010 and sponsored by Kencana Petroleum, the criterium race will run on the race track in the morning while the mountain bike challenge will venture the rugged terrain around the circuit facility in the afternoon.
“It will actually be two different races with two different sets of participants; but we are running it under one name – the SIC- Kencana-SIC Bikeathon 2010. But, we do allow interested competitors to enter both and I truly hope some will take up that challenge,” said SIC Chief Executive Officer Razlan Razali in a statement today.
He added that the organisation of the bikeathon event was in line with the circuit’s new image which he advocated since coming in as the CEO in 2008; which was to promote the circuit more than just a motor racing facility. 




::aduyaiii::

Wednesday, January 13, 2010

Daulat Tuanku






Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun... Sembah Patik Harap Diampun


Esok 14hb Januari adalah hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 62 iaitu Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku MunawirTuanku Muhriz yang berjiwa rakyat diputerakan pada 14 Jan 1948 dan satu-satunya putera dari enam adik beradik hasil daripada perkahwinan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kesembilan iaitu Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Durah. Tuanku telah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 di Istana Besar Seri Menanti di sini dalam upacara pertabalan yang penuh adat istiadat dan bersejarah dalam tempoh 40 tahun di negeri ini. Tuanku Muhriz dimasyhurkan pada 29 Dis 2008, dua hari selepas kemangkatan Yang Dipertuan Besar sebelum ini yang merupakan ayahanda saudara baginda, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman, yang telah menaiki takhta pada April 1967.


Daulat Tuanku... ::aduyaiiiblogspot:: Ingin Mengucapkan Selamat Hari Keputeraan kepada Tuanku dan Moga Tuanku Beroleh RahmatNYA Agar Tuanku Dapat Memerintah Negeri Sembilan Dengan Aman dan Makmur....


::aduyaii:: Tuanku Beribu-ribu Ampun, Sembah Patik Harap Di Ampun.

Buang Ayah Tepi Jalan


KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.
Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.


“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan. 

Berita selanjutnya :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buangayahtepijalan/Article


::aduyaiii:: dunia skrg, pe lah nak jadi... sanggup seorang anak buat mcm tu kat seorang ayahnya....

Sahabat:Persahabatan:



Kenal kelebihan tak semestinya kita boleh bersahabat, tetapi kenal kelemahan menjanjikan kita sahabat yg sejati..."
cinta dlm persahabatan adalah cukup indah..malah cukup cantik utk dipersembahkan pd dunia.. andaikata cinta itu tulus suci yg dipamerkan...membuahkan hasil yg cukup bahagia..tiada kata2 yg boleh mengungkapkannya...
krn cinta pd seorg sahabat, kita mengenali dia sedalamnya.. mengenali kelemahan dan kelebihan dia..kita mengetahui apa yg dihatinya..jauh di sudut hatinya..
APA CINTA TANPA PERSAHABATAN???
sahabat itu boleh jadi dua; sahabat sebenarnya sahabat, dan sahabat yg kian menemani kita setiap masa... u all know it..
hargai persahabatan yg anda ciptakan...
kerana kasih seorg sahabat terlalu besar utk diukurkan..

Jika aku seorang penyajak, puisi itu bicara hatiku.
Jika aku seorang penulis, karangan itu cerita hatiku.
Jika aku seorang penyanyi, lagu itu irama hatiku.
Jika aku seorang pelukis, lakaran itu dunia hatiku.
Jika aku seorang programer, kod itu rahsia hatiku.
Jika aku adalah kekasihmu, cinta itu sekadar ilusimu.
Dan...
Jika aku adalah AKU, itulah AKU yang sebenarnya AKU.....

::aduyaiii:: ini aku yang sebenarnya aku

::DIA::



Janganlah kau angkuh melaungkan si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
Manusia pandai berpura berlakon di pentas dunia dan bertopeng menutup rahsia

Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya

Dan kau yang
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu
dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah..
kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
tiada sesiapa berhak memiliki diri kita

DIA mengasihi hambaNya
DIA memiliki hambaNya

Dan ke pangkuan DIA kita kembali....

::aduyaiii:: mencari DIA di dalam DIA…