Demikianlah seruan ibadat dari baginda Rasulullah setiap kali apabila alam diselubungi fenomena gerhana, sama ada gerhana matahari mahupun bulan.
Gerhana merupakan satu kejadian astronomi apabila kedudukan bulan atau matahari bertentangan antara satu sama lain dengan bumi, menyebabkan ada bayang terkena pada permukaan bumi. Ia satu fenomena alam yang sama sekali tidak ada kaitan atau menjadi petanda dengan sebarang kejadian lebih² lagi yang buruk.
Sebagai umat Islam, apa yang patut kita lakukan apabila berlaku gerhana ini adalah seperti yang diseru oleh Rasulullah, iaitu solat sunat gerhana yang dikenali sebagai solat sunat khusuf. Malah dalam sesetengah riwayat yang lain, tidak sahaja solat sunat malah umat Islam digalakkan untuk melakukan amalan² kebaikan yang lain seperti bersedekah, berzikir dan berdoa... Secara amnya solat sunat gerhana dilakukan sebanyak dua rakaat yang dilakukan sejurus fenomena ini berlaku.
Namun seperti yang dilakukan oleh Rasulullah, walaupun dua rakaat sahaja, namun ia berakhir sehinggalah gerhana itu berakhir dan alam kembali terang. Ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis;
"Abdullah bin Amr bin Ash r.a berkata: Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad SAW maka diserukan oleh baginda: Ash-shalaatu jaami'ah(tegakkanlah solat berjamaah). Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW. rukuk dua kali dalam satu rakaat.
Pada rakaat kedua Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali pula. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: Belun pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu". (Riwayat Bukhari dan Muslim)."
Maka seluruh umat Islam tanpa mengira jantina, umur dan kedudukan amat digalakkan (sunat muakkad) supaya mendirikan solat sunat gerhana ini.
Ringkasan tatacara Mengerjakan Solat Gerhana
Rakaat Pertama
* Berniat dalam hati untuk mengerjakan solat gerhana (Kusuf atau Khusuf)
* Takbiratul ihram
* Doa Iftitah
* Membaca surah al-Fatihah
* Membaca surah al-Quran
* Rukuk
* Iktidal
* Membaca surah al-Fatihah
* Membaca surah al-Quran
* Rukuk
* Iktidal
* Sujud
* Duduk antara dua sujud
* Sujud kali kedua
* Bangun untuk rakaat kedua
* Iktidal
* Membaca surah al-Fatihah
* Membaca surah al-Quran
* Rukuk
* Iktidal
* Sujud
* Duduk antara dua sujud
* Sujud kali kedua
* Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
* Membaca surah al-Fatihah
* Membaca surah al-Quran
* Rukuk
* Iktidal
* Membaca surah al-Fatihah
* Membaca surah al-Quran
* Rukuk
* Iktidal
* Sujud
* Duduk antara dua sujud
* Duduk untuk tahiyat akhir
* Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
* Membaca surah al-Quran
* Rukuk
* Iktidal
* Membaca surah al-Fatihah
* Membaca surah al-Quran
* Rukuk
* Iktidal
* Sujud
* Duduk antara dua sujud
* Duduk untuk tahiyat akhir
* Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
::aduyaiii:: Allahu Akhbar... Allah Maha Besar...
No comments:
Post a Comment