Wednesday, January 13, 2010

Daulat Tuanku






Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun... Sembah Patik Harap Diampun


Esok 14hb Januari adalah hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 62 iaitu Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku MunawirTuanku Muhriz yang berjiwa rakyat diputerakan pada 14 Jan 1948 dan satu-satunya putera dari enam adik beradik hasil daripada perkahwinan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kesembilan iaitu Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Durah. Tuanku telah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 di Istana Besar Seri Menanti di sini dalam upacara pertabalan yang penuh adat istiadat dan bersejarah dalam tempoh 40 tahun di negeri ini. Tuanku Muhriz dimasyhurkan pada 29 Dis 2008, dua hari selepas kemangkatan Yang Dipertuan Besar sebelum ini yang merupakan ayahanda saudara baginda, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman, yang telah menaiki takhta pada April 1967.


Daulat Tuanku... ::aduyaiiiblogspot:: Ingin Mengucapkan Selamat Hari Keputeraan kepada Tuanku dan Moga Tuanku Beroleh RahmatNYA Agar Tuanku Dapat Memerintah Negeri Sembilan Dengan Aman dan Makmur....


::aduyaii:: Tuanku Beribu-ribu Ampun, Sembah Patik Harap Di Ampun.

No comments:

Post a Comment