Wednesday, January 13, 2010

Buang Ayah Tepi Jalan


KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.
Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.


“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan. 

Berita selanjutnya :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buangayahtepijalan/Article


::aduyaiii:: dunia skrg, pe lah nak jadi... sanggup seorang anak buat mcm tu kat seorang ayahnya....

2 comments:

  1. dlu pe yg dtonton di tv rasa mcm x logik setiap kisah yg berlaku..bla dh lalui sdr br tu betapa kejam seorg manusia bla lupa dr..mayb dh nk kiamat rasanya..

    ReplyDelete
  2. arnab merah: dah lalui sendiri??? apa yang arnanb merah dah lalui?

    ReplyDelete