Thursday, January 7, 2010

Teratai...Ohhh.. Teratai...

Fitrah hati suci bersih.Tak der rasa marah, benci, sakit hati, dengki atau dendam.Hukum alam mengajar kita betapa segala yang ada disekeliling kita akan berubah menjadi negatif.

Seperti air yang tinggal akan berkeladak.
Dedaunan dipokok kering berguguran dan manusia semakin tua.
Begitu juga ngan hati.
Lama kelamaan melalui proseh idup hati kita semakin kenal erti kecewa, dendam, derita dan marah.

Oleh tu bersedialah menjadi seperti “TERATAI”
Tetap indah walau asalnya daripada kolam hitam berlumpur.
Andai kita punya tekad sejarah silam yang derita dan hodoh tu
bukanlah satu hukuman atau masalah yang boleh menghalang pergerakan kita ari ni.Sebaliknya pengalaman tersebut ialah ujian yang telah menjadikan kita lebih mantap dan teruji.
Lihatlah bahawa idup ni adalah satu siri ujian bukan siri masalah.

Waktu kecil si DIA sanggup berenang kat kolam berlumpur hanya sebab ingin nak petik teratai indah yang kembang mekar ditengah kolam. Anehnya teratai yang begitu segar boleh tumbuh cantik didalam kolam busuk berlumpur.Lumpur dan air hitam tidak memberi apa-apa kesan keatas teratai.Sebaliknya kehodohan kolam lebih menyerlahkan dirinya.Kita yang melihat turut mengkaguminya.Rawatlah hati yang tercalar yang mudah menderita tu.Hati yang sihat akan lebih mantap bila diuji.Selalulah ingat sebenarnya idup kita adalah satu perjanjian yang telah kita akadkan di alam dahulu.Bila kita idup secara tak langsung, mahu tak mahu, nak tak nak kita tetap akan diuji.


teratai


Teratai

Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah

Sungguh cantik paras wajahmu
Sinar matamu bagaikan suria pagi
Setiap insan selalu terpikat
Memandangmu teratai bunga indah

Ku tak menyangka wahai teratai ku sayang
Badai taufan datang menghembus dirimu
Engkaupun terkulai dan merunduklah
Layu tak berseri lagi

Oh tuhan tolong lindungilah dia
Agarku dapat bersamanya lagi
Ku inginkan teratai ku sayang
Berseri seperti semula…………

Sweet Charity / Ramli Sarip



No comments:

Post a Comment